PRO.US.BA01 - Tugas-Tugas Kewangan

  1. Bertanggungjawab kesemua aktiviti kewangan di premis;
  2. Bertanggungjawab Penyediaan Remitance dan Kira-Kira Wang Tunai (KKWT) di Penghujung Hari;
  3. Bertanggungjawab Penyediaan Pembayaran Invoice dan Kemaskini Maklumat; 
    1. Sila pastikan tiada invoice daripada mana-mana pihak kurier atau ejen yang diterima melainkan invoice pembayaran daripada Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat UniStorage yang dihantar melalui emel atau estatement setiap minggu pertama awal bulan;
    2. Pengesahan penerimaan invoice pembayaran perlu dilakukan oleh Petugas Kewangan dengan mengemaskini Status Order kepada ‘Payment Process’ dalam System Administration;
    3. Sila buat semakan maklumat Sales Order Id dalam System Administration dengan Invoice Pembeyaran yang diterima dan ia perlu dilakukan selewat-lewatnya sebelum 7hb setiap bulan sebelum pembayaran dilakukan. Semua  maklumat yang disemak perlu benar seperti :-
      1. Tarikh & No Inoice;
      2. Tarikh Pengeposan;
      3. No. Konsaignment;
      4. Jenis Produk/Perkhidmatan;
      5. Berat;
      6. Kuantiti;
      7. Harga;
      8. Surcharge, dan
      9. Jumlah.
    4. Sekiranya Petugas Kewangan mendapati terdapat kesilapan di mana-mana kategori di antara maklumat invoice pembayaran dengan Sales Order Id, sila lakukan tindakan seperti, berikut:
      1. Melaporkan Kesilapan Invoice (Credit Note) kepada Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat UniStorage dengan kadar segera, agar Invoice Pembayaran terbaru dapat dikeluarkan selewat-lewatnya setiap 7 hari selepas menerima invoice bulan;
      2. Sila pastikan Petugas Kewangan mengemaskini Status Order kepada ‘Account Investigation’.
    5. Pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya sebelum 15hb setiap bulan.
    6. Resit Pembayaran dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Ibu Pejabat kepada Petugas Kewangan untuk dikemaskini maklumat resit pembyaran di Status Order kepada ‘Paid’.
    7. Sila rekod resit pembayaran dalam simpanan pejabat.
    8. Petugas Kewangan juga merangkumi dengan memastikan kesemua aset atau penggunaan pengoperasian tidak terjejas dengan pemantauan berkala, seperti;
      1. Tarikh dan masa dalam sistem komputer adalah tepat;
      2. Alat penimbang telah dikalibrasi dalam  tempoh sahlaku digunakan, dan
      3. Memastikan rekod rekod yang berkaitan UniStorage diselenggara dengan kemas, teratur dan selamat.