PRO.US.BB.S1.06 - Prosedur Pengeposan Motorsikal/Basikal (Stesen ke UniStorage)

I.     TUJUAN

Menerangkan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh Petugas Kaunter bagi proses pengantaran atau pengeposan motorsikal Stesen dari mana-mana Stesen yang dipilih ke mana-mana Cawangan UniStorage.

II.  SKOP

        PENERIMAAN

III.   BORANG

         Borang Consignment Note – FGV Courier Service / Nationwide Express / Skynet Express / GD Express / KTMD

IV.    RUJUKAN

        -     Tiada                     

V.   PERINCIAN PROSEDUR  

Sila lihat carta aliran dan perincian prosedur di sebelah.

VI.   CARTA ALIR

 Not available

V.   PERINCIAN KERJA 

1.    Terdapat 2 Jenis Penerimaan Pesanan/Tempahan daripada Pelanggan /Pengirim

Jenis 1 - Penerimaan Pesanan/Tempahan melalui Dalam Talian.

Jenis 2 - Penerimaan Pesanan/Tempahan melalui Emel / Fax.

 

2.     Pelanggan membuat pesanan melalui:-

2.1. J1 – Pesanan terus di mana-mana laman sesawang UniStorage dengan carian seperti : KTMD atau KTMP02.

2.2. J2 – Pesanan perlu dihantar kepada moto@unistorage.com.my mengikut format :-

2.2.1.     No. Pendafataran Kenderaan; PHN909

2.2.2.     Jenis (cc); 125 CC Modenas

2.2.3.     Nama, Alamat & No. Telefon Pengirim; Aminah0421821

2.2.4.     Stesen Pengirim; KTMD Johor Bahru

2.2.5.     Tarikh hantaran ke Stesen Pengirim; 12/12/17

2.2.6.     Nama & No. Telefon Penerima; Ali Imran 01112312711

2.2.7.     Stesen/UniStorage (Penerima). UniStorage UIA

      2.3. Pihak UniStorage akan menghubungi anda sekiranya menerima tempahan melalui emel atau laman sesawang.

 

3.      Kadar Pembayaran Perkhidmatan oleh Pelanggan

3.1. Kadar bayaran perkhidmatan Pengantaran bergantung kepada kuasa kuda seperti berikut :

3.1.1.     Bawah 125 CC

3.1.2.     125 CC hingga 135 CC;

3.1.3.     136 CC hingga 150 CC;

3.1.4.     151 CC hingga 200 CC;

3.1.5.     201 CC hingga 250 CC

3.1.6.     250 CC ke atas. 

 

3.2. Kaedah Penerimaan Bayaran boleh dibuat dalam 2 cara :-

                               3.2.1.     Tunai – Petugas kaunter hendaklah mematuhi peraturan penerimaan wang tunai di kaunter;

3.2.2.     Kad Kredit dan Kad Debit – Petugas kaunter hendaklah mematuhi Manual

3.3. Pembayaran Melalui Kad Kredit Atau Kad Debit Di Kaunter sahaja.

3.4. Semua Pesanan/Tempahan PERLU membuat pembayaran termasuk kos penyimpanan di mana-mana Cawangan UniStorage semasa Penerima mengambil/serahan Motorsikal/Basikal;

3.5. Mana-mana Pengirim/Penerima yang membuat pembayaran BUKAN di Pejabat Kutipan/Serahan Cawangan UniStorage, maka TERBATAL secara terus urusan jual/beli dan UniStorage tidak akan bertanggungjawab di atas kenderaan tersebut.

 

4.     Kemaskini Dalam Sistem

4.1. J1 – Dapatkan No. Order ID bagi transaksi yang dilakukan oleh Pelanggan sebelum ini, dan kemaskini Status ID kepada SUDAH SERAH dan masukan maklumat pembayaran di ruang ‘Comment’

4.2. J2 – Masukan Maklumat Jualan di Sistem atau carian dalam system KTMP02 dan kemaskini Status ID kepada SUDAH SERAH dan masukan maklumat pembayaran di ruang ‘Comment’.