Prosedur Kemaskini Maklumat Serahan Tingkap / Serahan (BERJAYA DISERAH/POD)

PRO.US.BB.S5.02 - Prosedur Kemaskini Maklumat Serahan Tingkap / Serahan (BERJAYA DISERAH/POD);

1. Pastikan pengesahan sebelum serahan:

1.1. Alamat betul sepertimana tercatit pada Borang Pengeposan atau Nota Konsainan 

1.2. Penerima dan wakil penerima yang tinggal  di alamat tersebut 

2. Pastikan tindakan seperti berikut diambil  semasa proses item hendak diserahkan kepada pelanggan :

Beri ucapan selamat / salam dengan sopan (utamakan nama pelanggan sekiranya kenal).

Beritahu mereka bahawa item kepunyaan penerima ada bersama anda.

Beritahu sekiranya item tersebut ada caj-caj seperti Kastam, Cash-On-Delivery (COD), atau lain-lain.

Lengkapkan Maklumat di atas Delivery Run Sheet (DRS).

2.1. Dapatkan tandatangan penerima

2.2.   Dapatkan nama penuh penerima

2.3.   Tarikh Serahan

2.4.   Masa serahan

2.5.   Cop Syarikat jika penerimanya Syarikat

Tunjuk tempat dimana pelanggan perlu tandatangan. Jangan serahkan barang sebelum mereka tandatangan.

Setelah pelanggan tandatangani, Imbas item dalam sistem Event - POD.

Ucap terima kasih dan berlalu. 

3. Buat pengesahan maklumat penerima berpandukan dokumen resmi seperti Kad Pengenalan, Passport dan lain-lain dokumen pengenalan diri yang sah. Bagi Wakil Penerima sila kemukan Surat Wakil Penerima atau mana-mana dokumen yang bersesuaian atas nasihat Petugas Kaunter