PRO.US.BB.S2.04 - Prosedur Item UBAHALA (Redirect / Mail Forwarding);

I.          TUJUAN

Menerangkan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh Petugas di Kaunter, apabila penerima memohon UBAHALA item mereka ke alamat yang lain supaya, penerima menerimanya dengan betul dan sistematik dan direkodkan.

II.        SKOP

Prosedur ini hanya digunakan oleh Petugas Kaunter terhadap karung, mel atau kurier yang disimpan dalam Cage Management untuk dikemaskini di dalam sistem komputer sebagai Cage Out.

III.    DEFINASI  

             a.    Mail Forward On-Campus Delivery - Serahan dilakukan didalam lingkungan kampus atau dalam universiti sahaja

             b.    Mail Forward Off-Campus Delivery - Serahan dilakukan diluar kampus, iaitu di Malaysia ataupun luar negara

IV.         PERINCIAN PROSEDUR  

1.  Petugas boleh menerima permintaan daripada Penerima item melalui emel dan Permohonan Melalui Sistem sahaja yang dibenarkan kerana setiap Permohonan Mail Forwarding perlu direkodkan sebagai transaksi dan keselamatan item yang perlu dipatuhi:

a.     Pesanan Melalui Emel; Penerima boleh mengantar emel kepada cawangan UniStorage yang menyimpan item tersebut;

b.    Pesanan Melalui Sistem: Petugas perlu melihat Pesanan di sistem Dashboard, sekiranya Pelanggan membuat pesanan atas Perkhidmatan Mail Forwarding

Nota: Petugas perlu melayani pesanan penerima atau pelanggan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja selepas menerima Pesanan tersebut

2.     Terdapat 2 Jenis Perkhidmatan Hold Mail yang ditawarkan:-.

             a.    Mail Forward On-Campus Delivery

             b.    Mail Forward Off-Campus Delivery

3.  Sekiranya Petugas menerima Pesanan Mail Forward On-Campus Delivery, Petugas perlu mencetak pesanan maklumat dan menyerahkan kepada Student Ride yang dilantik untuk serahan di lingkungan alamat Penerima. Dan pastikan Student Ride menerima bayaran daripada Penerima dan maklumat serahan perlu dilakukan dalam Event Mail Forward On-Campus Delivery.

4.  Sekiranya Petugas menerima Pesanan Mail Forward Off-Campus Delivery, Petugas perlu memastikan Bayaran dilakukan terlebih dahulu melalui Terimaan Tunai di kaunter UniStorage atau pembayaran melalui atas Pindaan Bank. Pelanggan boleh membuat pesanan dan pembayaran melalui website UniStorage Cawangan dengan memilih Event Off-Campus Delivery.